Kelas Individu

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas individu yang terbuka kepada ahli pusat internet yang ingin meneroka dunia digital. Kelas berkala ini memfokuskan kepada pendedahan kepada Basic Microsoft Office seperti word, power point, excel dan publisher. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada teknologi yang berkaitan dan kepentingan menguasai ICT pada masa kini. Tambahan pula, peserta pada kelas kali ini juga diberikan peluang untuk merasakan secara praktikal penghasilan slaid pembentangan menggunakan Ms. Power Point. Dalam masa yang sama, penyelia sedang membimbing dan menilai tahap kefahaman peserta. Peserta kali ini merupakan pelajar lepasan sekolah menengah yang berwawasan tinggi untuk meningkatkan tahap kemahiran ICT.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
1. Peserta secara lansung dapat mempelajari dunia digital termasuklah asas pengendalian komputer Microsoft office
2. Pada kali ini, peserta juga digalakkan untuk merasai sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu menggunakan Ms. Power Point
3. Mengetahui akan kepentingan untuk menguasai kemahiran komputer untuk masa hadapan

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
1. Pengenalan kepada asas Ms. Power Point
2. Penerangan akan ikon penting yang terpapar di ribbon
3. Memberi peluang kepada peserta menghasilkan slaid seperti contoh yang diberikan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali